Wikipedia:Larangan penyelidikan asli

Wikipedia tidak sama sekali menerbitkan penyelidikan atau pendapat asli. Ini termasuklah fakta-fakta tidak diterbitkan, hujah-hujah, spekulasi, dan buah fikiran; serta sebarang analisis atau sintesis yang belum diterbitkan terhadap bahan terbitan yang cuba untuk memajukan posisinya. Ini bermaksud Wikipedia bukanlah tempat untuk menerbitkan pendapat, idea, pengalaman, mahupun hujah anda. Menyatakan sumber anda dan mengelakkan sebarang penyelidikan asli merupakan sesuatu yang tidak dapat dileraikan; untuk menunjukkan bahawa anda bukannya mempamerkan penyelidikan asli, anda haruslah memetik sumber yang sahih dan boleh dipercayai untuk membekalkan maklumat yang berkaitan secara langsung kepada topik dalam rencana yang anda sunting, sekaligus menyokong maklumat yang ditambah.Larangan penyelidikan asli (bahasa Inggeris: No original research, NOR) merupakan salah satu daripada tiga polisi kandungan; yang lain-lain termasuklah pandangan berkecuali (Neutral point of view, NPOV) dan pengesahan (Verifiability, V). Bersama-sama, polisi-polisi tersebut menentukan jenis kualiti bahan-bahan yang diterima dalam rencana. Disebabkan mereka berpaut kepada polisi masing-masing, mereka seharusnya tidak diterjemah secara berasingan, dan setiap pengarang haruslah membiasakan diri mereka dengan ketiga-tiganya.Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang contoh-contoh tertentu yang membabitkan penyelidikan asli, ataupun jika anda memerlukan bantuan kerana seseorang telah menuduh anda menyumbang kandungan tersebut, sila lihat Papan kenyataan TPA (WP:NORN).